Aku pun tidak pasti kenapa aku sangat - sangat alergik akan perkataan tersebut, mungkin kerana kebanyakkan pertengkaran atau perselisihan faham aku bersama rakan - rakan ku menggunakan perkataan tersebut sebagai menjustifikasikan tindakan masing - masing. Acap kali aku disuap akan "Aku berbuat demikian, kerana aku sayangkan kau, aku hanyalah menjaga hati kau". Dan acap kali aku terasa seperti tamparan di pipi ku, terdetik dihati ku "Aku tidak pernah meminta hati ku dijaga, cukuplah dengan berterus terang". Kerana kekerapan perkataan tersebut digunakan, aku merasakan ia seperti jalan mudah bagi melepaskan diri daripada memberi penjelasan yang sebenar. Bagi aku perkataan tersebut tidak perlu digunakan sekiranya kebenaran diberitahu pada permulaan sesuatu perkara. Kebahagian rakan - rakanku adalah sesuatu yang senantiasa ku doakan, dan satu kegembiraan bagi ku. Andaian bahawa aku akan terasa tidak sepatutnya wujud, seolah - olah aku hanya mendoakan kesedihan dan ketidakbahagiaan seseorang yang bergelar rakan, kawan ataupun sahabat.
Kebenaran hanyalah pahit untuk sementara waktu, kepedihan ditipu adalah satu memori yang akan kekal.
My first attempt to write in BM, it is harder than it seems.. (",)
3 comments:
Jaga hati, konon. Hey pembohong, seluar kau tengah terbakar!
Kalau betul jaga hati orang, dua perkataan tu tak terucap, tau. Akan cari jalan lain yang lebih diplomatik, akan cari ayat lain yang lebih melembutkan hati.
Piiirah!
emo sei....tp sangat2 betul!!!!
setuju dgn sue!
mendiamkan atau menyembunyikan bukan bermakna nemjaga hati.
klu betul syg sedara/kwn tu, cari cara utk beritahu!
dan secepat mgkn!
so that we stop making more of a mess!
Post a Comment